suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Foster bertunang dengan kekasih beza 34 tahun

PENYANYI legenda David Foster, 68, dilaporkan bertunang dengan bekas peserta American Idol, Katharine McPhee, 34.

Usia dan jarak umur kira-kira 34 tahun bukanlah satu halangan untuk selebriti ini menjadi pasangan kekasih.

Berita pertunangan itu disahkan oleh pekerja Katharine iaitu Leslie Loan kepada majalah People.

Majlis pertunangan itu berlangsung di Itali ketika kedua-dua mereka sedang dalam percutian.

"Dia melamar di puncak pergunungan di Anacpri. Suasana sangat gelap dan hanya ada bintang," ujar Katharine kepada pekerjanya menerusi paparan skrin yang didedahkan kepada People.

Wanita itu memuat naik foto dan potongan ucapannya berbunyi "ya" (tanda setuju terhadap lamaran itu).

Pasangan itu dilaporkan mula rapat pada September 2017.

Malah anak David iaitu Erin Foster menyokong hubungan berkenaan dan berharap ia diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

David Foster

Artikel Lain