suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana Monyet Chris Brown Boleh Dipenjara

Chris Brown boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana membela seekor monyet tanpa permit.

PENYANYI Chris Brown boleh dikenakan tindakan kerana gagal mendapatkan permit untuk membela monyet jenis Capuchin yang diberi nama Fiji.

Chris, 28, menerima kecaman daripada penggemar haiwan pada Disember lalu selepas berkongsi foto bersama anaknya, Royalty dan Fiji.

Bahagian Hidupan Liar California dalam satu kenyataan kepada E Online memberitahu dalam tempoh 24 jam mereka menerima pelbagai laporan berhubung gambar tersebut.

Pihak itu juga mengesahkan Chris tidak mempunyai sebarang rekod pemilikan monyet berkenaan dan memelihara haiwan itu tanpa permit adalah satu kesalahan.

Wakil daripada jabatan itu juga sudah mendapatkan waran untuk menggeledah kediaman Chris dan perkara itu bakal dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi.

Jika disabitkan kesalahan penyanyi itu boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Chris Brown

Artikel Lain