suria

Rihanna Mahu Jual Rumah Bernilai RM 12 Juta!

Rihanna mahu jual rumah yang baru dibeli tiga bulan lalu. Foto: Dailymail

PENYANYI Rihanna dikhabarkan mahu menjual semula rumah yang baru dibeli olehnya kira-kira tiga bulan lalu.

Menurut portal Dailymail, Rihanna membeli rumah tersebut pada Oktober tahun lalu dan membuat keputusan untuk menjualnya semula.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca penyanyi lagu Umbrella ini ingin menjual rumah yang terletak di West Hollywood itu.

Sumber mendedahkan rumah banglo berkeluasan 240 meter persegi itu bernilai hampir RM12 juta.

Cantik kan?

Ia memiliki empat kamar tidur dan empat bilik air beserta kolam renang peribadi dan bilik tetamu.

"Siapa yang membelinya pasti tak rugi kerana rekaan dalaman rumahnya cantik dan kelihatan mewah.

"Fasiliti lengkap, ada kolam renang dan pemandangan indah cukup menenangkan. Malah, kombinasi warnanya menarik dan kemas," kata sumber.

Rihanna

Artikel Berikut

Artikel Lain