suria

Priyanka Chopra Wanita Paling Seksi Di Asia 2017

BAGI tahun kelima berturut-turut, pelakon Bollywood Prinyanka Chopra dipilih sebagai Wanita Asia Paling Seksi menerusi akhbar Eastern Eye, London.

Dia menduduki tempat pertama daripada 50 tercantik dan seksi yang disenaraikan bagi pilihan akhbar tersebut sepanjang tahun 2017.

Priyanka turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kedua-dua orang tua yang melahirknnya.

"Saya harus berterima kasih kepada ayah dan ibu dengan penghargaan ini. Daripada mereka jugalah menjadikan saya dipilih oleh anda semua," ujarnya seperti dipetik Pinkvilla.

Selain Priyanka, beberapa nama selebriti India turut berada dalam daftar tahun 2017 ini.

Tempat kedua diduduki oleh pelakon drama India Nia Sharma dan ketiga Deepika Padukone.

Menjadi wanita terseksi dan cantik di Asia merupakan perkara biasa bagi Priyanka, malah dia pernah menjadi wanita paling cantik dunia apabila memenangi gelaran Miss World pada tahun 2000.

Priyanka Chopra

Artikel Sebelum

Artikel Lain