suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashton Kutcher Kesal Dituduh Curang

Ashton mengesahkan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.

PELAKON Ashton Kutcher menafikan gosip yang mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.

Menerusi Twitter, Ashton, 29, kecewa dengan tajuk berita Us Magazine yang turut memuat naik fotonya dengan seorang wanita turun dari kapal terbang peribadi.

"Awak patut tahu bahawa Mila sedih apabila dia dapat tahu tentang berita itu sedangkan saya hanya luangkan masa seharian dengan sepupu kami," tulis Ashton.

Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3 pada 4 Julai lalu. 

Ashton dan Mila berkahwin pada 2015 dan pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata, Wyatt Isabelle Kutcher , 2, dan Dimitri Portwood Kutcher, 8 bulan.

Bercerita mengenai anak-anaknya, Ashton berkata dia tidak akan menentukan kehidupan mereka apabila sudah dewasa. 

"Kami akan benarkan anak-anak membuat keputusan sendiri sama ada mahu menjalani kehidupan selebriti seperti kami atau tidak. Saya dan isteri tidak mahu membuat pilihan untuk mereka," katanya menerusi Daily Mirror.

Ashton Kutcher, Mila Kunis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain