suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Tunang Zayn Malik Bercinta Dengan Pemain Arsenal

BEKAS tunang Zayn Malik iaitu penyanyi Perrie Edward dilaporkan kini sudah mempunyai pengganti iaitu pemain bola sepak terkenal Arsenal, Alex Oxlade- Chamberlain.

Dia yang mengesahkan hubungan itu mengakui selesa berkawan dengan lelaki tersebut biarpun bukan dari kalangan artis.

Perrie juga dilaporkan sering kelihatan di Stadium Emirates beberapa kali bagi menonton dan memberi semangat kepada kekasihnya.

Seperti dipetik Daily Mail, pasangan ini juga sering dilihat keluar bersama di khalayak umum.

"Pasangan ini dilihat serasi kedua-duanya dilihat saling mencintai," ujar sumber.

Perrie dan Zayn mengakhiri hubungan pertunangan mereka pada Oktober lalu dengan alasan sudah tiada rasa cinta.
Perrie Edwards, Zayn Malik

Artikel Lain