suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jungkook & Jeong Ye In Dikatakan Bercinta Kerana Baju Sedondon

Jungkook dan Ye In beberapa kali dilihat memakai baju sedondon sehingga menimbulkan pertanyaan peminat hubungan sebenar mereka.

PENYANYI Jungkook daripada kumpulan BTS dan Jeong Ye In (Lovelyz) dikatakan sedang hangat mejalinkan hubungan cinta selepas mereka beberapa kali dilihat mengenakan pakaian sedondon.

Allkpop melaporkan walaupun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu namun perkara itu menjadi perdebatan hebat dikalangan peminat di laman sosial.

Malah terdapat forum khas bagi membincangkan tentang perkara itu sehingga ada yang sanggup mengumpul bukti bagi menguatkan lagi dakwaan mereka.

"Bukan sekali mereka tampil mengenakan baju yang sama tetapi berkali-kali walaupun menghadiri acara berlainan.

"Ia seperti kod rahsia di antara mereka dan kami yakin mereka kini sedang bercinta," kata salah seorang netizen.

Bagaimanapun wakil kedua-dua selebriti berkenaan enggan mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu.

Jungkook, Jeong Ye In

Artikel Lain