suria

Nick Jonas Bersuara Tentang Kate Hudson

Kate Hudson dan Nick Jonas dikatakan sedang hangat bercinta.

PENYANYI Nick Jonas menyangkal dakwaan mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Kate Hudson.

Nick, 23, menegaskan tidak mempunyai teman istimewa dan masih solo ketika ditemubual menerusi program Ellen DeGeneres baru-baru ini.

"Tidak, kami tidak bercinta dan saya masih solo," katanya.

Bagaimanapun kata Nick, dia selesa berkawan dengan Kate dan menganggap wanita berusia 37 tahun itu seperti kawan.

"Saya baharu sahaja bertemu dengannya baru-baru ini dan kami turut keluar makan malam tetapi bukan berdua tetapi bersama rakan-rakan lain," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan dikatakan sedang hangat bercinta selepas mereka dilihat sering bersama.

Nick Jonas, Kate Hudson

Artikel Lain