suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bedah Siasat Tiada Petunjuk Prince Bunuh Diri

Prince meninggal dunia secara tiba-tiba pada Khamis lalu di rumah agamnya, di Paislay Park di pinggir Minneapolis.

LOS ANGELES: Bedah siasat yang dijalankan terhadap bintang pop, Prince tidak menunjukkan sebarang kesan trauma atau petanda bunuh diri menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Martha Weaver yang juga wakil pejabat kesihatan bagaimanapun memberitahu laporan lengkap mengenai autopsi tersebut hanya akan dikeluarkan selepas mendapat keputusan ujian toksik.

Tambahnya, pihaknya juga akan mengumpul laporan kesihatan Prince dan ahli keluarganya untuk melengkapkan siasatan berhubung punca kematian penyanyi yang terkenal menerusi lagu Purle Rain itu.

Terdahulu, legenda pop itu meninggal dunia secara tiba-tiba pada Khamis lalu di rumah agamnya, di Paislay Park di pinggir Minneapolis.

Sementara itu mayat Prince, dibakar pada Sabtu lalu dalam satu upacara peribadi.

Bagaimanapun, kata pegawai publisiti pemuzik itu, majlis umum sedang diusahakan bagi memperingati penyanyi itu.

"Beberapa jam lalu, Prince diraikan oleh sekumpulan kecil orang tersayang: keluarga, rakan dan pemuzik, dalam upacara persendirian yang indah untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Mayat Prince dibakar dan penyimpanan kekal peribadi," katanya.

Prince, Purple Rain

Artikel Lain