suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chun Yi Seul Disaman Kerana Pembedahan Plastik

Chun Yi Seul
BINTANG filem Korea Selatan iaitu Chun Yi Seul disaman sebanyak AS$30,000 (RM100,150) selepas didapati melanggar kontrak dengan sebuah klinik pembedahan plastik yang menjadi penajanya.

Menurut laporan dalam program Night Of TV Entertainment, agensi Yi Seul iaitu Green Snake Juna E&M bagaimanapun tidak tahu mengenai kontrak yang ditandatangani oleh Yi Seul itu.

"Benar, Yi Seul pernah menjalani pembedahan plastik tetapi pihak kami tidak tahu bahawa pembedahan tersebut turut terikat dengan iklan," kata jurucakap agensi tersebut.

Tambah jurucakap itu, pihaknya telah cuba menghubungi klinik berkenaan namun mereka enggan bertemu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Difahamkan, perjanjian kontrak tersebut telah dibuat oleh agensi lama Yi Seul dengan klinik tersebut.
Chun Yi Seul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain