suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Nichkhun & Tiffany Dilaporkan Putus

Nichkhun (kiri) dan Tiffany
BEBERAPA agensi berita hiburan di Korea Selatan dan China membuat spekulasi kononnya hubungan Nichkhun (2PM) dan Tiffany (SNSD) sudah berantakan.

Pada Rabu lalu, satu laporan yang memetik agensi media China telah diterbitkan bagi mendedahkan masalah yang berlaku mengenai pasangan itu.

Menurut laporan media Sina, spekulasi itu terjadi apabila Nichkhun mengemaskini akaun Twitter miliknya dengan menulis tajuk lagu Frank Sinatra iaitu Strangers In The Night.

Dalam status itu dia menyebut, Love was just a glance away, warm embracing dance away.

Lirik itu membawa maksud, sebuah cinta sedih dan ia turut diakui oleh pengikut-pengikut laman sosial artis itu.

Pada masa ini, Nichkhun sibuk dengan program realiti Cina iaitu Brave Heart.

Kedua-dua pasangan itu mengejutkan peminat masing-masing apabila pada  April lalu mereka mengaku telah menjalinkan hubungan selama empat bulan. – www.koreaboo.com

 

Nichkhun (2PM), Tiffany (SNSD)

Artikel Lain