suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurusan Sahkan Julien Kang Bebas Pengaruh Dadah

PELAKON Julien Kang disahkan bebas daripada pengaruh dadah selepas hasil ujian air kencing dikeluarkan oleh sebuah badan penyiasatan di Korea Selatan.

Pihak pengurusannya Show Brothers Entertaiment mengeluarkan kenyataan tersebut bagi membersihkan imej artis tersebut yang calar selepas insiden ditemui di tepi jalan akibat pengaruh alkohol pada 25 September lalu.

"Ujian menunjukkan dia tidak mengambil sebarang jenis dadah pada hari tersebut," ujar pengurusan kepada media.

Tambahnya, Julien sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kes yang menjejaskan reputasinya sebagai artis.

"Dia tidak selesa sejak kes ini terjadi, Julien seorang artis yang bekerja keras untuk membina namanya dan dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana kes yang menjejaskan imejnya," ujarnya.
Julien Kang

Artikel Sebelum

Artikel Lain