suria

Hyun Bin Selar Peminat Kritik Filem Terbaharunya

Hyun Bin tidak berpuas hati apabila peminat memberikan ulasan buruk terhadap filem terbaharu lakonannya berjudul The Fatal Encounter.
PELAKON Hyun Bin meluahkan rasa kecewa apabila filem terbaharunya berjudul The Fatal Encounter  mendapat kritikan hebat daripada penonton.

Portal Soompi melaporkan Hyun Bin turut menyalahkan penonton kerana tidak tahu menilai karya berkenaan selain memberikan kritikan yang dianggap berat sebelah.

"Saya kecewa dengan reaksi penonton terhadap filem itu kerana pada pendapat saya, pandangan mereka tidak mencerminkan karya tersebut secara keseluruhan," katanya.

Dalam pada itu, Hyun Bin turut melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengarah filem berkenaan yang tidak memberikan penekanan kepada wataknya sebagai Jung Jo sehingga menyebabkan ia mendapat kritikan.

"Sejak awal lagi saya sudah memberitahu pengarah tentang kekurangan pada watak Jung Jo yang seolah-olah tidak mempunyai kaitan dengan peranan lain dan sebagai pelakon sudah tentu saya berasa kecewa," katanya lagi.

Biarpun mendapat pelbagai kritikan namun The Fatal Encounter menduduki tangga pertama dalam senarai box-office di Korea.

Hyun Bin, The Fatal Encounter.

Artikel Lain