suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fillet Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West Bersama Kari Sayur Thai

FILLET Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West Bersama Kari Sayur Thai.


Bahan-bahan:

1 pek Fillet Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West 425g
2ml minyak bijan
2 ulas bawang putih - dicincang
20 gram halia - dicincang
100 gram Cendawan
150 gram lada merah
100 gram brokoli - dicelur
100 gram lobak
50 gram kubis
½ cawan pes kari merah Thai
20ml kicap soya
20ml sos ikan
1 tin santan
20 gram Serai - dihiris
20 gram daun basil
20 gram daun pasli


Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan serai yang dicincang.

2. Masukkan lada merah, lobak, brokoli, cendawan dan kubis serta ¼ cawan air. Gaul rata dan masak dengan api yang tinggi sehingga air menyejat dan kubis lembut.

3. Masukkan pes kari Thai, kicap soya dan sos ikan. Gaul rata dan reneh sehingga pekat sos. Masukkan santan.

4. Potong daun basil dan daun pasli. Campurkan ke dalam kuali.

5. Goreng Fillet Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West sehingga perang keemasan.

6. Hidangkan kari sayur Thai di atas pinggan dan letakkan filet ikan di atas.

Anda juga boleh saksikan demo masakan di sini http://bit.do/FishFryDay1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain