suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rempeyek Kacang Hijau

Gambar hiasan. Rempeyek kacang hijau.

HIDANGAN rempeyek memang digemari ramai, malah jualannya juga laris sepanjang masa. Bagaimanapun, sambutannya lebih hebat  menjelang Aidilfitri. Bagi yang mahu mencuba kebolehan, inilah resipinya.

Bahan:

250 gram kacang hijau direbus sekejap lalu toskan.

300 gram tepung beras

150 gram tepung ubi

1 biji telur

250 ml santan

Bumbu yang dihaluskan

5 bawang putih

7 buah keras

5 helai daun limau buang tulangnya

1/2 cm kunyit

1/2 sdt jintan manis

1 sdt ketumbar

Cara:

Campurkan tepung beras,tepung ubi santan telur dan bumbu halus ,kacau rata. 

Masukan kacang kedalam adunan tepung. Ambil 1 senduk sayur tabur kacang hijau , tuang adunan ditepi kuali yang berisi minyak goreng, lalu goreng hingga rempeyek kuning kecoklatan.

rempeyek kacang hijau

Artikel Sebelum

Sup Tulang Ala Chef Wan

Artikel Berikut

Kuah Kacang

Artikel Lain