suria

Tak pernah cuci tilam? Cuba tip ini, langkah ke-4 paling mudah

Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak pastikan tilam anda juga bebas kuman dan hama.

SETIAP hari dianggarkan satu pertiga daripada rutin harian kita dihabiskan dengan tidur di atas katil. Kebiasaannya kita akan menukar sarung bantal dan tilam seminggu sekali atau sebulan sekali.

Walaupun sudah menukar cadar namun tanpa kita sedari kotoran pada tilam kita abaikan. Persoalannya, adakah kita benar-benar yakin bahagian dalam tilam yang digunakan selama beberapa tahun bebas daripada kuman dan hama?

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian ‘kaki buku’! BBW kembali lagi, kali ini 4.5 juta naskhah ditawarkan... jangan lupa bawa beg sendiri tau!

Tilam sepatutnya dibersihkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat bulan malah terdapat teknik tertentu digunakan bagi memastikan tilam anda bebas daripada kotoran.

Hama yang melekat pada cadar. 

Ini kerana tilam terdedah kepada pencemaran seperti debu, peluh, kulit mati dan kelemumur selain kelembapan bilik yang tinggi membuatkan kulat dan hama senang berkembang.

Tidak cukup dengan itu, ia boleh menyebabkan alahan kepada manusia seperti selesema, badan gatal-gatal sekaligus menjejaskan kualiti tidur anda.

Benar agak sukar untuk mencuci tilam kerana saiznya yang besar dan berat menyebabkan ramai malas melakukannya.

Jangan bimbang, mStar menyenaraikan beberapa tip bagi memudahkan anda mencuci tilam di rumah.

Hama yang tersembunyi di celahan tilam. 

A. Jika terkena kotoran, bersihkan segera!

Pada yang mempunyai anak kecil dan sering terkencing pada tilam, sebaik-baiknya jangan tunggu lama sebelum kotoran itu dibersihkan.

Segera buka cadar dan ambil tisu atau kain untuk serapkan sebanyak mungkin air kencing pada tilam.

Jika tidak dibersihkan segera, air kencing akan menyerap ke dalam lapisan tilam sehingga sukar menghilangkan baunya selain kotoran pada luaran.

Sebaik saja perasan anak anda terkencing pada tilam, seeloknya bertindaklah segera!

Jika cuaca panas jemurkan tilam dan bantal anda dibawah sinaran matahari. 

B. Jemur pada sinaran matahari

Jika cuaca baik pada hujung minggu, apa kata keringkan tilam anda di bawah sinaran matahari. Gunakan batang penyapu untuk dipukul pada tilam bagi mengeluarkan habuk. Jangan lupa pakai penutup muka bagi melindungi hidung anda daripada terkena selesema.

C. Kuasa serbuk penaik!

Bagi mengurangkan masalah pepijat dan hama pada tilam, tuangkan serbuk penaik ke dalam mangkuk dan lumurkan ke atas permukaan tilam.

Biarkan selama beberapa hari bagi memastikan hama dan telurnya terhapus.

D. Hubungi Servis Penjagaan Tilam Coway!

Ini paling mudah dan berkesan! Hubungi sahaja wakil pakar penjagaan tilam Coway yang menggunakan tujuh langkah dalam memastikan tilam anda bebas hama dan bersih!

Menggunakan mesin khas untuk membersihkan tilam, anda tidak perlu bimbang kerana juruteknik akan menguruskan semua proses pembersihan menerusi tujuh langkah iaitu;

1. Mengukur tahap habuk

Sebelum mencuci, juruteknik akan mengukur tahap pencemaran tilam menggunakan penapis kertas dan mikriskop digital.

2. Mencuci bingkai katil

Sebelum mencuci tilam, juruteknik akan mencuci bingkai katil terlebih dahulu bagi menyedut semua habuk dan hama melekat padanya.

Peralatan digunakan untuk mencuci tilam oleh Coway. 

3. Mengelap bingkai katil

Selesai memvakum, juruteknik akan mengelap bingkai katil anda secara manual menggunakan tisu basah dan kering.

4. Pembersihan bucu tilam

Juruteknik akan memvakum kotoran bermula di bucu tilam dan tempat yang sukar dicapai.

5. Pembersihan tilam

Sesudah itu baharulah juruteknik akan memvakum tilam dengan sedutan berkuasa tinggi dengan penapis HEPA.

6. Semburan pembasmi hama

Selesai memvakum keseluruhan tilam, juruteknik akan menyembur pembasmi hama dalam usaha mengurangkan pembiakannya.

Juruteknik menyedut kotoran pada bahagian tepi tilam.

7. Steril UV

Langkah terakhir, juruteknik akan menghalakan cahaya UV bagi proses mensteril tilam bagi menghalang dan membunuh bakteria dan mensanitasikan tilam anda.

Bagi servis untuk tempoh sekali, Coway mengenakan caj serendah RM175 untuk tilam bersaiz single, RM220 (queen) dan RM240 (king).

Jika ada yang ingin mengambil pakej selama setahun, caj dikenakan RM473 bagi bersaiz single, RM594 (queen) dan RM648 (king).

Untuk keterangan lanjut mengenai Servis Penjagaan Tilam Coway boleh melayari www. coway.com.my.

Tilam, Coway

Artikel Lain