Malaysia Mampu Raih 111 Pingat Emas - Mazlan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara dilihat mampu meraih lebih daripada sasaran 111 pingat emas berdasarkan prestasi semasa atlet di pentas antarabangsa untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad berkata sasaran yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Khamis, adalah suatu yang realistik.

“Hendak meletakkan sasaran bukan perkara mudah, perlu berhati-hati dan kena yakin. Ini kerana kita tidak mahu ia menghantui kita jika tidak capai sasaran itu.

“Saya yakin dan percaya sasaran yang diumumkan adalah munasabah. Kita harap kontinjen negara akan mencapainya dan yakin lebih dari 111 pingat emas,” katanya kepada Bernama dpada Jumaat.

Mazlan, yang juga bekas ketua kontinjen Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, berkata seperti kontinjen negara ketika itu mencipta sejarah dengan jumlah 111 pingat emas, berbanding 82 pingat emas yang diletakkan sebagai sasaran pingat sebelum temasya sukan itu berlangsung.

“Tahun ini juga, jumlah sukan adalah lebih banyak daripada tahun 2001. Sudah tentulah peluang untuk melebihi daripada 111 pingat emas itu memang ada,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai disiplin atlet, Mazlan berkata ia terpulang kepada pengurus pasukan untuk menangani isu berkenaan kerana ia melibatkan persediaan skuad negara yang dilakukan lebih awal.

“Setiap kali kita hadapi temasya yang libatkan ramai atlet dari pelbagai sukan, macam-macam karenah perlu dihadapi kerana setiap atlet mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.

“Terpulang kepada pegawai pasukan masing-masing untuk atasi masalah ini kerana kita sudah ada ramai pakar motivasi dan psikologi,” katanya.

Temasya Sukan SEA ke-29 akan berlangsung secara rasmi pada 19 hingga 30 Ogos, dengan acara bola sepak dan bola jaring bermula Isnin ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan