Atlet Decathlon Negara Cedera - Sukan SEA 2017 | mStar

Atlet Decathlon Negara Cedera

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 6:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau buat atlet decathlon negara apabila mengalami kecederaan serius hanya kurang dua minggu sebelum Sukan SEA (KL2017) bermula.

Mohd Luqman Zuki terpaksa akur selepas menerima tujuh jahitan di pangkal betis kirinya apabila terkena tiang besi gol bola jaring ketika menjalani latihan di Stadium Mini Institut Sukan Negara (ISN) pagi Jumaat.

Menurut Luqman, tiang besi bola jaring itu terkena betisnya ketika dia cuba mengalih peralatan itu ke tepi padang.

"Jurulatih (Rifat Ativoc) saya terus membawa ke klinik ISN dan menerima tujuh jahitan.

"Doktor memaklumkan saya perlu tunggu dalam tempoh sepuluh hari sama ada boleh beraksi atau tidak pada Sukan SEA nanti," ujarnya dengan nada kecewa kepada mStar Online.

Jelas Luqman, perkara yang berlaku ini di luar jangkaan dan agak mengecewakan memandangkan ini merupakan penampilan pertamanya  dalam Sukan SEA.

"Tak boleh buat apa dah. Tunggu 'ja' la keputusan doktor nanti. Saya cuba positif supaya sempat sembuh.

"Memang impian saya untuk pecahkan rekod negara (yang dipegang Mohd Malik Ahmad Tobias) iaitu 7,095 mata," ujar Luqman.

Jelas atlet kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 19 tahun ini, dia mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk sampai ke tahap ini.

"Masih terkejut dengan kejadian ini. Apa pun saya tetap akan menjalani latihan ringan. Tunggu keputusan akhir nanti," tambahnya ringkas.

Tags / Kata Kunci: Mohd Luqman Zuki , KL2017
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan