Silat: Skuad Negara Fokus Lapan Emas

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad silat kebangsaan yakin merangkul lapan pingat seperti yang disasarkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sasaran yang ditetapkan berdasarkan prestasi semasa atlet silat negara.

"Pingat emas, empat perak dan enam gangsa daripada 20 acara yang dipertandingkan, terdiri daripada 14 acara silat olahraga dan enam silat seni.

"Sasaran ini ditetapkan berdasarkan prestasi atlet di kejohanan Terbuka Belgium pada awal Mei lalu.

"Kita juga melakukan beberapa perubahan selepas kejohanan itu kerana kita hanya mahu meletakkan atlet yang terbaik.

"Sasaran ini juga lebih tinggi berbanding pencapaian di Sukan SEA Singapura dengan kita membawa pulang tiga emas, tiga perak dan empat gangsa daripada 13 acara yang dipertandingkan,"katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, skuad silat negara menjalani latihan di kawasan pergunungan di Dalat, Vietnam pada Jun lalu.

Mereka juga bakal menjalani latihan mental  fasa terakhir di Cameron Highland sebelum saingan Sukan SEA membuka tirainya 19 hingga 30 Ogos ini.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , KL2017 , Silat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan