suria

Jual Bale, Beli Mbappe

REAL MADRID sedia menjual pemain termahal kelab itu, Gareth Bale bagi menjana dana untuk membeli penyerang sensasi AS Monaco, Kylian Mbappe.

Laporan media Sepanyol mendakwa, Madrid sudah bersetuju dengan harga 161 juta pound sterling bagi menandatangani penyerang berusia 18 tahun itu dengan menawarkan gaji setinggi 120,000 pound sterling seminggu.

Walaupun Madrid mengumpul dan kira-kira 80 juta pound sterling dengan menjual Alvaro Morata kepada Chelsea dan Danilo kepada Manchester City, kelab Sepanyol itu masih perlu mengorbankan seorang lagi pemain.

Menurut laporan Goal.com, Bale merupakan calon yang sesuai untuk dikorbankan dan perpindahan Mbappe kini bergantung kepada pemain  sayap kelahiran Wales itu.

Antara kelab paling rapat dikaitkan dengan Bale adalah Manchester United tetapi bos Red Devils dikatakan enggan mengeluarkan belanja bagi membawa pemain itu ke Old Trafford.

Malah Bale dikatakan gembira di Madrid dan enggan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris. - Metro.uk

Gareth Bale, Kylian Mbappe

Artikel Sebelum

Sanchez Bakal Buat Pilihan

Artikel Berikut

Artikel Lain