Cukup Perbaiki Rekod Peribadi - Jurulatih

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 10:08 PM

Latif (kanan) menunjukkan medal yang dimenanginya. foto GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jurulatih lompat jauh paralimpik negara, Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi tidak menetapkan sasaran pingat untuk Abdul Latif Romly yang akan bersaing dengan atlet normal pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

Beliau berkata apa yang diharapkan agar anak didiknya itu melakukan catatan lebih baik mengatasi lompatan terbaik peribadi 7.60 meter yang dilakukan di temasya Paralimpik Rio 2016.

"Kita tidak harapkan apa-apa pingat tapi ingin Latif dapat buat yang terbaik, lebih baik daripada rekod dunia di Rio.

"Ini juga merupakan kali pertama Latif menyertai Sukan SEA, sukan untuk atlet normal dan Sukan SEA adalah peringkat yang tinggi untuknya," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan wira di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Isnin.

Pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London baru-baru ini, Abdul Latif mempertahankan gelaran juara dunia yang dimenanginya di Doha, Qatar pada 2015 selepas melakukan lompatan 7.37m untuk meraih pingat emas.

Ditanya mengenai cabaran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk Abdul Latif menghadiahkan pingat emas di Sukan SEA, Syahrul Amri berkata beliau akan memastikan atletnya itu melakukan persiapan rapi menjelang temasya dwitahunan itu.

Katanya, berbaki sebulan ini, adalah masa untuk memperbaiki teknik lompatan serta kekuatan mental Abdul Latif bagi menghadapi saingan daripada atlet normal.

"Latif ini, memang tidak kisah siapa hendak cabar dia, dia akan lawan saja. Latif memang sukakan cabaran. Kalau Latif dapat beraksi dengan baik masa pertandingan nanti, tidak mustahil boleh menang pingat emas.

"Untuk satu bulan ini, kita akan perbaiki teknik dan rentak larian. Di samping berhati-hati untuk elak sebarang kecederaan," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan meraih pingat emas di kejohanan dunia itu, Syahrul Amri mengakui Abdul Latif pada awalnya hilang rentak ekoran tidak menyertai apa-apa kejohanan lebih kurang lima bulan sebelum kejohanan dunia itu.

Bagaimanapun, kekuatan mental Abdul Latif yang menetapkan sasaran untuk mempertahankan pingat emasnya, membuatkan beliau bangkit semula, katanya.

"Kita harapkan Latif dapat buat sekurang-kurangnya 7.50m tapi sebab lima bulan tanpa sebarang pertandingan, dia agak sukar memberikan prestasi terbaiknya."Pada tiga lompatan awal, Latif mengalami masalah kurang semangat persaingan. Tapi sebabkan kekuatan mental, dia bangkit semula," katanya.

Pada tiga lompatan awal, Abdul Latif  mencatatkan 6.97m, 6.90m dan 6.94m sebelum bangkit pada percubaan keempat dengan 7.36m dan 7.37m pada percubaan berikutnya, mengatasi catatan yang dilakukan di Doha, 7.35m. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Abdul Latif Romly , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan