suria

“Dia sungguh komited!” - Wenger harap Ljunberg berjaya bersama The Gunners

Wenger menegaskan Freddie Ljungberg ‘bersungguh-sungguh komited’ terhadap Arsenal dan dia mengakui berasa gembira dapat memberi nasihat kepada pengurus interim The Gunners itu. Foto: SkySports

ARSENE Wenger menegaskan Freddie Ljungberg ‘bersungguh-sungguh komited’ terhadap Arsenal dan dia mengakui berasa gembira dapat memberi nasihat kepada pengurus interim The Gunners itu.

Berikutan pemecatan Unai Emery minggu lalu, Ljungberg telah memangku posisi tersebut buat sementara waktu sehingga kelab memutuskan calon pengganti kekal.

Bintang Sweden itu membuat 326 penampilan sebagai pemain di bawah Wenger dan membantu Arsenal memenangi dua gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA.

Justeru, Wenger berminat agar pemain tengah itu untuk berjaya sebagai pengurus bersama The Gunners.

“Saya tidak mahu mengulas terlalu banyak mengenai Arsenal. Hati saya bersama kelab dan saya mahu mereka melakukannya dengan baik,” kata Wenger yang merupakan bekas pengurus Arsenal.

“Saya harap yang terbaik untuk Freddie. Dia hebat sekali. Dia telah melakukan pekerjaannya untuk masa yang lama dan dia mendapat peluang.

“Apa yang kita inginkan dalam hidup adalah peluang. Mereka harus membantunya bekerja dengan idea-idea dan menyokongnya,” ulas Wenger.

Untuk rekod, Emery dipecat daripada jawatan pengurus Arsenal pada Jumaat lalu, di mana Ljungberg memangku jawatan tersebut buat sementara waktu. - Metro.co.uk

Artikel Berikut

Harimau Muda pulang awal

Artikel Lain