Pandelela Tekad Baiki Prestasi

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, berazam tebus kekecewaan di Kejohanan Terjun Dunia di Shanghai, China, Julai ini, selepas gagal menyerlah pada Kejohanan Terjun FINA di Mexico bulan lepas.

Selepas sekadar meraih tempat keenam dalam acara 10 meter platform di Mexico, penerjun berusia 18 tahun itu kini menyasarkan tempat lima teratas di China.

"Saya akui persembahan saya di Mexico bukan yang paling bagus. Saya perlu memperbaiki tahap kesukaran dalam melakukan terjunan dan perlu berlatih dengan lebih giat lagi," katanya, Rabu.

Pandelela berkata beliau mengalami kecederaan bahu semasa sesi latihan di Mexico dan keadaan itu telah menjejaskan kualiti terjunannya.

Kini, setelah pulih daripada kecederaan dan berada pada tahap kecergasan terbaik, gadis Bidayuh itu percaya mampu untuk bangkit semula di Shanghai.

"Selain memperbaiki kedudukan individu, saya bersama pasangan Leong Mun Yee juga mensasarkan tempat tiga teratas dalam acara terjun berirama," katanya yang telah mencipta sejarah merangkul pingat emas pertama negara menerusi sukan terjun pada Sukan Komanwel di New Delhi tahun lepas.

Pandelela juga mencipta sejarah pada 18 Mac lalu apabila merangkul pingat perak acara 10 meter platform yang juga pingat pertama negara pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow.

Selain itu, Pandelela yakin akan mengulangi kejayaan meraih dua emas di Sukan SEA Laos 2009 pada edisi sukan itu di Indonesia November ini.

"Kejohanan di Shanghai turut merupakan sebahagian persediaan bagi saya dan rakan-rakan dalam menghadapi Sukan SEA," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan