suria

Dalglish Puji Aksi Rodriguez

Rodriguez berjaya melakukan hatrik ketika pertemuan dengan Fulham awal pagi Selasa.
Rodriguez berjaya melakukan hatrik ketika pertemuan dengan Fulham awal pagi Selasa.
Rodriguez berjaya melakukan hatrik ketika pertemuan dengan Fulham awal pagi Selasa.

PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish memuji aksi Maxi Rodriguez selepas melakukan hatrik sekali gus menyaksikan pasukan itu menang 5-2 ke atas Fulham pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa.

Selain Rodriguez yang menjaringkan gol pada minit pertama, ke-7 dan m-70, Dirt Kuyt (m-16) dan Luis Suarez (m-75) juga turut melakukan gol kemenangan di Craven Cottage dan menyaksikan The Reds mara ke tangga kelima kedudukan liga.

“Ia perlawanan yang sungguh hebat, dan semua semua pemain telah menunjukkan sikap profesional mereka. Kami memulakan permainan dengan penuh semangat dan bekerja keras untuk menyekat pergerakan Fulham.

“Mereka mempunyai peluang untuk menambah jaringan tetapi kami telah kelahkan mereka,” jelas Dalglish.

Dalgish berkata, Rodriguez merpakan pemain yang bijak menggunakan peluang yang datang kepadanya.

“Banyak peluang yang sampai kepadanya dan dia telah menggunakan masa itu untuk menjaringkan gol.

"Kamu tidak akan menjaringkan gol jika kamu tidak bermain seperti Rodrigues yang tidak beraksi sebelum ini. Tetapi apabila diturunkan, dia telah menunjukkan yang terbaik.

“Saya gembira untuk dia dan semua pemain lain. Kami telah melakukan yang terbaik sejak Januari lalu dan pujian juga turut diberikan Steve Clarke, Sammy (Lee) dan semua yang terlibat.

“Selepas ini kami akan meneruskan perjuangan ini dan kita lihat apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain