Alex Liew Ungguli Kejohanan Boling Antara Negeri

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet kebangsaan Alex Liew menjuarai perseorangan lelaki Kejohanan Boling Antara Negeri 2011 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway di sini, Rabu.

Beliau yang mewakili Selangor mengumpul 1,315 jatuhan pin mengatasi Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek dari Kuala Lumpur (1,266 jatuhan pin) di tempat kedua dan Aris Ardila Santosoh dari Sarawak (1,263 jatuhan pin) di tempat ketiga.

"Harap dengan kemenangan ini dapat menaikkan semangat ahli pasukan Selangor yang lain untuk terus berusaha dan seterusnya dapat mempertahankan kejuaraan sebagai pemenang keseluruhan kejohanan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Sementara itu, Jacqueline Jenelee Sijore dari Sarawak mengungguli kategori perseorangan wanita dengan jumlah 1,249 jatuhan pin.

Sin Li Jane dari Perak yang melakukan 1,233 jatuhan pin merangkul naib johan diikuti Jerusha Chan dari Pahang di tempat ketiga dengan 1,231 jatuhan pin.

Bagi kategori lelaki remaja perseorangan, peserta Pulau Pinang Mohd Nazmi yang melakukan 1,234 jatuhan pin muncul johan manakala Syimir Abdul Razak dari Kuala Lumpur dengan kutipan 1,213 jatuhan pin di tempat kedua.

Mohd Shafiq Hashim dari Melaka pula berada di tempat ketiga dengan 1,187 jatuhan pin.

Dua peserta Sabah pula Siti Aishatun Hussin dan Steffira Zeander Greater menguasai tempat teratas perseorangan wanita remaja.

Siti Aishatun dan Steffira Zeander masing-masing memungut 1,261 dan 1,221 jatuhan pin untuk meraih johan dan naib johan, manakala di tempat ketiga peserta Negeri Sembilan Hurul Ainol Abu Razak yang merangkul 1,185 jatuhan pin.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan