Rosmah Mahu Pemain Pelapis Gigih Berlatih, Tingkat Kekuatan Mental

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pemain pelapis skuad badminton negara diminta jangan mudah patah semangat dan meneruskan latihan dengan lebih gigih serta menguatkan mental mereka supaya setanding dengan pemain-pemain terbaik dunia.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata skuad pelapis juga perlu menguasai teknik dan taktik yang betul supaya mereka tidak ketinggalan berbanding pemain dari pasukan Thailand, India dan Denmark yang dilihat semakin meningkat prestasi mereka.

"Saya berharap pemain pelapis tidak akan berasa patah hati atau luntur semangat malahan mereka seharusnya bertekad untuk betul-betul menjadi juara dunia. Teknik mungkin lebih kurang sama, tapi apa yang lebih penting ialah kekuatan mental.

"Kalau kita tengok Federer (Roger) atau Nadal (Rafael) atau Serena Williams, mereka boleh atasi kelemahan walaupun kaki mengalami kecederaan. Kerana kekuatan mental, mereka boleh atasi segala kelemahan mereka," katanya yang turut mencadangkan agar BAM meningkatkan lagi usaha ke arah menguatkan mental pemain-pemain pelapis negara.

Beliau berkata kejayaan yang diperoleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei boleh dijadikan pembakar semangat kepada pemain pelapis dalam persediaan mereka menghadapi kejohanan dunia yang akan berlangsung Ogos depan di United Kingdom.

"Saya harap pemain pelapis akan berlatih lebih kuat dan gigih lagi dan tanam dalam diri sendiri yang mereka boleh menjadi juara. Dan Chong Wei sudah membuktikan yang beliau boleh kalahkan Lin Dan di All-England. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya.

Menceritakan mengenai perlawanan akhir perseorangan lelaki di Kejohanan All-England di antara pemain nombor satu dunia Chong Wei dan gergasi Asia Lin Dan yang ditonton bersama Perdana Menteri dan keluarga, Rosmah berkata sebelum perlawanan beliau sempat memberi kata-kata semangat kepadanya menerusi perbualan di telefon.

Beliau sempat berpesan supaya Chong Wei meneruskan permainan tanpa mempedulikan lawan di hadapan, dan sekiranya memenangi perlawanan malam itu, beliau akan memberikan hadiah khas kepadanya.

"Apa saya selalu kata pada Chong Wei, jangan tengok pemain di sebelah sana. Main pemainan sendiri sebab kalau Chong Wei tengok muka Lin Dan, dia akan gabra. Jangan tengok, main saja tanpa mengira siapa lawan di sebelah sana.

"Jadi itulah saya rasa kata-kata yang memberi semangat kepada beliau (Lee Chong Wei). Dan bila menang saya janji bagi hadiah setakat yang saya mampu kepada beliau," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Chong Wei yang akhirnya berjaya menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di National Indoor Arena (NIA), Birmingham, Ahad lepas yang menyaksikan beliau menang 21-17, 21-17.

Pada majlis meraikan kejayaan Chong Wei meraih kejuaraan All-England hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, meluangkan masa bersarapan bersama-sama barisan pemain dan jurulatih badminton negara.

Antara yang hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden BAM Datuk Nadzmi Salleh, jurulatih beregu negara Rexy Mainaky, pemain beregu Koo Kean Keat, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkeples Embong.

Pada majlis itu juga, Chong Wei menerima hadiah penghargaan berupa unit saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM100,000 serta seutas jam tangan sebagai hadiah peribadi daripada isteri Perdana Menteri.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan