suria

Gallas Kapten Baru Spurs

Gallas (kanan) kembali ke Stadium Emirates sebagai kapten pasukan Spurs.
Gallas (kanan) kembali ke Stadium Emirates sebagai kapten pasukan Spurs.
Gallas (kanan) kembali ke Stadium Emirates sebagai kapten pasukan Spurs.

WILLIAM Gallas dilihat bakal mengetuai barisan pemain Tottenham Hotspur selepas membantu pasukannya meraih kemenangan 3-2, pada perlawanan menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di Stadium Emirates, Sabtu lalu lalu.

Penampilan Gallas kali ini menimbulkan sedikit kontroversi apabila kembali ke stadium menentang bekas kelabnya selama empat tahun.

Selain itu, pengurus Tottenham, Harry Redknapp turut membuat kejutan apabila menurunkan Gallas untuk mengetuai barisan ini dan gelaran itu dijangka akan kekal setakat ini.

Kemenangan itu juga merupakan pencapaian terbaik Gallas setelah empat bulan bersama kelab barunya ini.

Pada minggu lalu, Luka Modric dipilih untuk mengetuai pasukan selepas Ledney king, Michael Dawson dan tom Huddlestone mengalami kecederaan.

Namun Redknapp berkata, William yang sepatutnya menjadi ketua pasukan. Manakala Luka dikatakan sebagi seorang yang pendiam dan hanya faham tugasnya sahaja.

“Saya memeilih Tom menjadi ketua, tetapi dia terlalu pendiam walaupun dia bagus dan memilih William kerana dia pernah menjadi ketua pasukan sebelum ini dan itulah yang peluang besar yang kami nampak kepadanya,” katanya.

Pun begitu, gelaran kapten yang dililitnya itu bukanlah tugas mudah kerana Gallas,33, turut dikutuk oleh penyokong-penyokong fanatik Spurs sebelum perlawanan berlangsung, namun dia telah membuktikan kerja kerasnya telah mendatangkan hasil kepada pasukan Tottenham.

Sementara itu Redknapp berkata, pemilihan Gallas adalah langkah baik kerana dia baru kembali dari Arsenal. Saya rasa dia memang layak, sebab itu dia mampu bermain dengan baik.

“Selepas saya memberi armband kepadanya, dia terus berkaya ‘bagus’. Dia tidak banyak bercakap apabila berada di luar padang,” katanya.

Redknapp turut menjelaskan bagaimana sukarnya dia membawa Gallas ke White Hart Lane, selain pemain antarabangsa Perancis itu tidak mempunyai agen menguruskannya.

“Saya keluar dan bertanyakan kepada semua orang termasuk peminat, pengerusi serta orang perseorangan, dan mereka semua melarang saya mendapatkannya. Namun saya teruskan juga dan ini adalah antara saya dan William sahaja,” katanya.

Artikel Sebelum

Sunderland, Everton Seri 2-2

Artikel Lain