Houllier Akui Minat Aksi Owen

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAKAL pengurus baru Aston Villa, Gerard Houllier mengakui berminat untuk bersama kembali dengan penyerang Manchester United, Michael Owen.

Houllier yang bakal mengambil alih tugasan di Villa Park Rabu depan pernah bekerjasama dengan Owen di Liverpool, 2001 yang mana pada tahun itu Owen telah menjulang gelaran European Footballer Of The Year.

Pastinya jurulatih dari Perancis itu teruja untuk membawa kembali Owen ke Midlands.

“Dia selalu berada dalam fikiran. Saya ke Liverpool pada 4 September lalu untuk menguji Jamie Carragher dan saya melihat Owen sedang bermain bola.

“Dia masih mempunyai keistimewaan itu,” katanya.

Owen meninggal Liverpool selepas Houllier berpindah ke Real Madrid, manakala dia berpindah ke Newcasle United.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami menyekat kariernya di St James Park dan seterusnya dia berpindah secara percuma musim lalu.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson secara mengejut menandatangani kontrak bersama Owen.

Aksinya bersama United agak merundum selepas dibelenggu kecederaan paha. Sebelum itu dia pernah mencipta sembilan gol dalam keseluruhan musim. Sementara itu, Houllier turut membayangkan membawa bekas pemain Perancis dan jurulatih kecergasan Lyon, Robert Duverne ke kelab.

Duverne tidak bersama pasukan kebangsaan Perancis dan kelab Lyon selepas timbul pelbagai isu selepas Piala Dunia baru-baru ini.

“Dia tidak bekerja sekarang dan itu amat menarik minat saya,” Houllier.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan