Houllier Pengurus Baru Aston Villa

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Houllier akan memulakan tugas pertamanya bersama Villa ketika pertemuan dengan Stoke City, Isnin ini.
Houllier akan memulakan tugas pertamanya bersama Villa ketika pertemuan dengan Stoke City, Isnin ini.

GERARD Houllier dilantik secara rasmi sebagai pengurus baru Aston Villa.

Bekas pengurus Liverpool dan skuad Perancis itu mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Martin O'Neill yang meletak jawatan sehari sebelum kempen musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirainya.

"Saya amat gembira dan berbangga untuk menyertai kelab yang penuh bersejarah ini. Ia keputusan sukar buat saya untuk meninggalkan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF). Namun saya tidak boleh menolak tawaran kelab yang mempelawa saya menyertai mereka," kata pengurus berusia 63 tahun itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Eksekutif Villa, Paul Faulkner berkata Houllier merupakan calon cemerlang untuk menggantikan O'Neill.

"Dua kunci kualiti dikenal pasti sebagai aset penting untuk mencari pengurus baru yang memiliki pengalaman luar dalam EPL. Selain itu, strategi untuk membina semula keyakinan pemain sedia ada juga kriteria yang diambil kira," jelasnya.

Houllier pernah memimpin Lens, Paris St Germain, Liverpool dan Olympique Lyon. Beliau turut memegang jawatan sebagai pengarah teknikal FFF sebelum berhijrah ke Villa Park.

Beliau pernah memenangi lima trofi bersama Liverpool pada 2001 termasuk Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA dan tiga trofi Liga Perdana bersama PSG pada 1986 serta Lyon pada 2006 dan 2007.

Houllier menjalani pembedahan jantung pada 2001 tetapi kembali sebagai pengurus Liverpool, lima bulan selepas pulih dan kekal di Anfiel sehingga 2004.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan