Semua Venue Sukan Komanwel Sudah Siap

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: New Delhi sudah bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2010 dengan penyiapan semua venue sukan yang diperlukan, kurang daripada sebulan sebelum temasya sukan itu bermula pada 3 Oktober ini.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel di New Delhi, Isnin menyerahkan salinan sijil penyiapan semua venue untuk pertandingan mahupun venue bukan pertandingan, kepada Ketua pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Mike Hooper.

Pengerusinya Suresh Kalmadi berkata pihak jawatankuasa itu menerima salinan sijil berkenaan yang diberikan oleh Perbadanan Perbandaran Delhi kepada pemilik venue Isnin lepas, dan kini menyerahkannya kepada Hooper.

"Kami yakin CGF dan anggotanya akan berpuas hati," kata beliau yang dipetik dari laman web Sukan Komanwel New Delhi.

Beliau berkata Perbadanan Perbandaran Delhi mengeluarkan 14 sijil penyiapan kepada pemilik Jawaharlal Nehru Stadium Complex, Indira Gandhi Indoor Sports Complex, RK Khanna Tennis Stadium, Dr Karni Singh Shooting Ranges, Thyagaraj Stadium, serta kemudahan di Delhi University North Campus, Chhatrasal Stadium dan Ludlow Castle School.

Minggu lepas sijil-sijil penyiapan dikeluarkan buat Maj. Dhyan Chand National Stadium, Talkatora Indoor Stadium dan Dr. SPM Aquatics Complex, manakala Delhi Development Authority pula menyampaikan sijil penyiapan bagi Perkampungan Sukan, Siri Fort Complex dan Yamuna Sports Complex.

Kalmadi berkata jawatankuasa penganjur memberi jaminan bahawa semua negara yang mengambil bahagian bahawa semua venue itu akan disiapkan pada masanya untuk digunakan di sukan itu yang bermula dari 3 hingga 14 Oktober, walaupun sebelum ini ada pihak yang mempertikaikannya disebabkan kelewatan awal.

Tarikh akhir penyiapan perkampungan sukan dan beberapa venue utama sebelum ini ditetapkan pada Disember tahun lepas, namun ia kemudiannya dipinda kepada Mac lepas, ekoran kemajuan yang cukup perlahan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan