Woods Kekal Status Pemain Berpendapatan Tinggi Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN pemain golf profesional, Tiger Woods (gambar) berehat seketika daripada kariernya sejak hubungan sulitnya dengan ramai wanita terbongkar tahun lalu, dia masih di antara atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia berdasarkan ranking pada 2010.

Menurut Sports Illustrated, Woods menduduki tangga teratas itu dalam senarai 50 atlet Amerika Syarikat (AS) untuk tujuh tahun berturut-turut walaupun jumlah pendapatannya menurun 10 peratus kepada 59.53 juta pound (RM290.48 juta).

Jumlah pendapatannya juga merosot kepada 40 peratus kepada 84.15 juta pound (RM410.63 juta) pada 2008.

Majalah dari AS itu menyiarkan senarai berasingan untuk atlet AS dan global tetapi anda boleh melihat keseluruhan kelompok 10 teratas di bawah artikel itu.

Bintang tenis dunia, Roger Federer yang memperoleh pendapatan sebanyak 40.63 juta (RM198.265 juta), mengatasi kedudukan pemain bola sepak, David Beckham selepas diterajuinya selama dua tahun dalam senarai antarabangsa.

Dalam senarai antarabangsa, Federer melonjak dari tempat kesembilan tahun lalu kerana menerima pendapatan berganda manakala Beckham terjatuh ke tangga ketiga dengan memperoleh 26.64 juta pound (RM130 juta), ketinggalan di belakang pemain terbaik dunia FIFA, Lionel Messi yang memperoleh 28.95 juta pound (RM141.27 juta).

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengisi kelompok lima teratas dengan pendapatan mencecah 26.31 juta pound (RM128.39 juta) dan peninju Manny Pacquiao dengan 24.99 juta pound (RM121.95 juta).

Federer menduduki tempat kedua dalam ranking keseluruhan tetapi Beckham sekadar di tempat ketujuh.

Secara keseluruhan, purata pendapatan untuk semua senarai 50 atlet meningkat 11 peratus kepada 17.25 juta pound (RM84.17 juta) dan melonjak 1.7 peratus kepada 19.7 juta pound (RM96.13 juta) untuk 20 bintang antarabangsa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan