Ahmad Fazli Ungguli Kelas CP130 Cub Prix

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Strategi bijak yang dipamerkan Ahmad Fazli Sham pada selekoh pertama memberi kelebihan kepadanya bagi mengungguli kelas CP130 pada Pusingan 5 siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM 2010 di litar Stadium Sultan Mizan di sini, petang Sabtu.

Pelumba pasukan Shell Advance Yamaha Maju Motor itu yang bermula di petak kedua melakukan pecutan awal untuk memintas Md Zamri Baba di selekoh pertama sebelum menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan masa 10 minit 45.870 saat.

Kemenangan itu merupakan yang kedua diraih Ahmad Fazli musim ini, sekaligus meletakkan beliau pada kedudukan selesa selaku pendahulu dengan 101 mata.

Semalam, Ahmad Fazli berjaya menewaskan pelumba veteran dari pasukan Yamaha Petronas Sprinta AHM Ahmad Fuad Baharudin, sementara Md Zamri yang juga juara bertahan di Kuala Terengganu, sekadar menduduki tempat ketiga.

"Sebelum turun ke litar, saya memang tidak yakin untuk memenangi perlumbaan ini lebih-lebih lagi selepas saya gagal mencatat masa yang baik pada sesi ujian sebelum ini.

"Namun, saya berjaya menggunakan peluang yang ada pada selekoh pertama untuk memintas Zamri dan cuba menjarakkan diri daripada kelompok pelumba di belakang," kata Ahmad Fazli yang turut mengungguli perlumbaan pembuka musim di Alor Star.

Sementara itu, Ahmad Fuad mengakui kesukaran beraksi di litar Stadium Sultan Mizan.

"Litar Stadium Sultan Mizan merupakan antara litar paling mencabar buat kami kerana setiap pelumba berdepan kesukaran untuk memintas pelumba di hadapan.

"Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati kerana berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium dan meletakkan saya pada kedudukan yang baik untuk mencabar Ahmad Fazli," katanya yang berada di kedudukan kedua dengan 79 mata, iaitu satu mata di hadapan pelumba SCK Honda Racing Norizman Ismail.

Bagi saingan kelas CP155, pelumba pasukan Yamaha Motul YY Pang iaitu Zaidy Md Zaifaizal berjaya menamatkan badi kemenangan apabila mengungguli perlumbaan 12 pusingan dengan catatan masa 8:43.012s.

Zaidy yang kali terakhir menaiki podium pada aksi di Alor Star tahun lalu, mengenepikan cabaran Ahmad Abdul Kadir dari Yamaha Boon Kui dan pelumba tempatan Md Rozaliman Zakaria dari pasukan Yamaha ZAR & HTM Motosports Racing.

Saingan kelas WIRA pula menyaksikan penguasaan dua pelumba Motul Yamaha YY Pang iaitu Md Adib Rosley dan Md Azhar Abd Jalil, sementara Md Fitri Ashraf Razali dari pasukan Modenas Caviaga Cilik Racing sekadar di tempat ketiga.

Bagi Adib, kemenangan yang dilakar di litar Stadium Sultan Mizan itu adalah kemenangan hatriknya musim ini selepas kejayaan pada Pusingan 3 (Batu Kawan, Pulau Pinang) dan Pusingan 4 (Sepang Utara).

Kedudukan keseluruhan kelas WIRA bagaimanapun masih menjadi milik Azhar dengan 77 mata, diikuti Adib (75) dan Fitri dengan 70 mata.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Rozi Mamat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan