suria

Taufik Yakin Malaysia Boleh Roboh Tembok Besar China Esok

KUALA LUMPUR: Bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat, meramal Malaysia boleh mengatasi China pada pertemuan separuh akhir Piala Thomas esok.

Bagaimanapun, katanya, bebanan terletak di bahu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk meraih mata penting bagi membuka laluan ke perlawanan akhir.

"Perseorangan dan beregu pertama negara harus menang perlawanan masing-masing dan mata penentuan mungkin daripada beregu kedua Malaysia," kata pemain berpengalaman Indonesia itu kepada pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan perhitungan, Malaysia mempunyai peluang seimbang dengan kelebihan masing-masing dan kemenangan beregu akan meningkatkan semangat pasukan Malaysia, katanya.

"Faktor ini serta sokongan penonton tuan rumah, saya percaya Malaysia boleh merobohkan Tembok Besar China esok," kata pemain berusia 28 tahun itu yang merangkul pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004.

Mengenai pertemuan Indonesia dengan Jepun pada satu lagi perlawanan separuh esok, Taufik berkata adalah terlalu awal untuk membuat andaian atau ramalan.

"Di Indonesia, semua orang yakin kita dapat mengatasi Jepun. Tetapi lihat apa yang berlaku kepada Malaysia dalam saingan kumpulan B.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain