Santokh Bakal Beraksi Di Kejohanan Veteran IFC

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Santokh Singh yang kesihatannya semakin pulih, bakal beraksi pada kejohanan bola sepak veteran IFC pada 13 Mac ini.

Beliau memberitahu Bernama, beliau tidak akan ketinggalan untuk bersama rakan-rakan lamanya di kejohanan 9-sebelah itu. Santokh, 58, akan bermain bersama salah satu daripada 12 pasukan tempatan yang mengambil bahagian.

Beliau bersama beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Ho Hon Seong, Yap Kam Choon dan Wong Choon Wah turut menghadiri sidang akhbar mengenai pertandingan tersebuat yang bakal diadakan di Kelab Aman di sini.

Mengenai kesihatannya, beliau berkata doktor yang merawatnya masih belum mengenal pasti punca sebenar penyakitnya. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur pada bulan November lepas, dipercayai akibat jangkitan kuman.

"Selepas keluar hospital, saya kini hanya menghabiskan masa bersama keluarga dan duduk di rumah berehat sahaja," katanya yang kelihatan ceria. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan