suria

Mahu elak fitnah, Caprice akan dedah bukti berkaitan Bella Astillah dan Muaz Zabir di Telegram

Caprice anggap pendedahan PA Bella mencemarkan nama baiknya.

PENYANYI rap dan aktivis Caprice akan mengemukakan semua bukti berkaitan Bella Astillah dan aktor Muaz Zabir bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, turut mengajak pengurus peribadi Bella iaitu Niel Rafeq turut serta menyelidik setiap bukti yang diperoleh.

Jelasnya, sebelum pasukannya membuat liputan sesuatu kes atau berita, pihaknya akan memastikan semua bukti dihantar diselidik.

"Selama kita cover apa-apa kes atau berita, kami selalu selidik bukti-bukti yang orang hantar.

caprice 123

Caprice tidak mahu netizen salah sangka lagi.

"Untuk elak fitnah, kami akan kemukakan semua bukti (tutup wajah perempuan), resit, perbualan dan tiket penerbangan.

"Kami pun jemput PA (pembantu peribadi) untuk selidik sama-sama, alang-alang buat posting," katanya.

Caprice berkongsi perkara itu di Instastory miliknya pada petang Khamis.

Menerusi tinjauan mStar, Caprice juga menyertakan link sebuah group di Telegram bagi mendedahkan kesemua bukti dalam simpanannya.

Kata Caprice, pendedahan tersebut dilakukan selepas hantaran dibuat Niel mencemarkan nama baiknya sebagai individu mendedahkan kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah

ARTKEL BERKAITAN: Caprice berniat jahat, sepatutnya selidik dahulu! Penerbangan melibatkan Bella & Muaz hanya dua kali, pengurus sentiasa ada

"Pihak kami sudah buat liputan macam-macam berita. Macam-macam kes sejak empat atau lima tahun lepas.

"Sebab seorang PA dalam hantaran sebelum ini buat tuduhan yang ganggu kredibiliti kerja kami... Kami akan mula kongsi bukti-bukti untuk apa-apa kes di Telegram," kongsinya.

Bukan hanya bukti melibatkan Bella namun dia juga akan mendedahkan perbualan penuh bersama kekasih gelap Aliff Aziz yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.

"Sesiapa nak dengar rakaman perbualan penuh dua kali. Pertama masa awal-awal dia hubungi.

"Kedua pada keesokkan hari selepas dia putar belit dan tiba-tiba tukar rancangan," ujarnya.

553 (23)

Kesemua bukti-bukti melibatkan Bella dan Sarah akan didedahkan oleh Caprice.

Sebelum ini, Niel memberitahu Caprice mempunyai tujuan tidak baik terhadap Bella apabila bertindak menyebarkan foto, video dan tiket penerbangan milik Bella dan pelakon Muaz Zabir.

Kata Niel, tiket penerbangan yang hangat diperkatakan bukanlah percutian berdua antara Muaz dan Bella sebaliknya atas tujuan kerja.

Malah penerbangan melibatkan Muaz juga hanya berlaku sebanyak dua kali ketika Bella berada di Jogjakarta, Indonesia dan Labuan.

Pada malam Rabu, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.

553 (22)

Caprice cuba mendamaikan Bella dan juga Aliff Aziz.

Dedah Sarah, walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.

Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umar juga merupakan hasil suntingan Caprice.

Nama Sarah mula menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen susulan ditangkap berkhalwat bersama pelakon Ruhainies oleh pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain