suria

Mahu tiduri isteri Barack Obama, netizen minta Kanye West pindah duduk dalam hutan

Kanye (kiri) mendedahkan keinginan melakukan hubungan seks dengan Michelle Obama.

PENYANYI rap Kanye West bikin kontroversi lagi apabila berkongsi fantasi mahu melakukan hubungan seks dengan isteri bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Michelle Obama.

Kanye membuat pengakuan tersebut dalam satu sesi temu bual bersama pemuzik Justin Laboy menerusi program The Download.

Penyanyi rap berkenaan memberi jawapan itu selepas ditanya tentang wanita idamannya untuk melakukan seks secara bertiga bersama isterinya Bianca Censori.

kanye - 1

Kanye (kanan) ketika ditemu bual dalam rancangan The Download.

Jawapan tersebut membuatkan ramai terkejut dan menyifatkan penyanyi lagu Runaway itu sebagai syaitan bertopengkan manusia.

Malah ramai menganggap Kanye mempunyai masalah kesihatan mental dan meminta dia berhenti melakukan sebarang temu bual agar tidak mengeluarkan kenyataan dangkal.

"Kanye kau memang sakit. Apa yang tidak kena dengan dia ini? Tolong pindah dan tinggal dalam hutan!

ARTIKEL BERKAITAN: Porsche hadiah buat isteri, netizen minta Kanye West beli baju untuk Bianca

ARTIKEL BERKAITAN: Kim minta Kanye West nasihat isteri pakai baju, tak selesa anak-anak tengok Bianca separuh bogel

"Obama mesti berang kalau tahu dia bersikap biadap terhadap isterinya. Memang syaitan bertopengkan manusia," komen netizen.

Jawapan biadab Kanye itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan dibuat Michelle empat tahun ketika di Konvensyen Demokratik sewaktu Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 2020.

Michelle dalam ucapannya meminta orang ramai tidak membuang undi kepada calon tidak layak dan wanita itu seolah-olah merujuk kepada Kanye.

Ketika itu, Kanye sedang melobi mendapatkan tempat sebagai calon di beberapa negeri termasuk Colorado, Wisconsin dan Ohio.

Terbaharu, Kanye didakwa merancang bertanding dalam Pilihan Raya 2024 namun peguamnya, Bruce Marks menyangkal dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain