Nova 2 Huawei Hanya RM799 - Niaga | mStar

Nova 2 Huawei Hanya RM799

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Huawei Technologies (M) Sdn Bhd, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global hari ini melancarkan telefon pintar Huawei nova 2 lite yang mempunyai dua kamera belakang dan tiga slot kad untuk pengembangan memori.

Telefon pintar ini mempunyai kamera depan dan belakang masing-masing lapan dan 15 megapiksel dengan lampu pengetonan swafoto canggih yang secara automatik mengesan pencahayaan pada subjek, memberikan swafoto yang kelihatan semula jadi.

Pengarah Timbalan Negara Huawei Malaysia, Matthew Ng berharap, edisi baharu itu akan menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia, terutama pengguna muda dan dinamik, dengan harga runcit yang lebih rendah sebanyak RM799.

"Kami tidak akan menetapkan sasaran jualan untuk Nova 2 lite tetapi saya rasa telefon pintar itu akan menarik sebahagian besar rakyat Malaysia kerana harga yang berpatutan berbanding siri canggih kami yang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran telefon pintar tersebut di sini, Khamis.

Peranti ini juga dilengkapi paparan penuh 5.99-inci dan mod skrin tertumpah pintar yang membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas antara aplikasi terpilih pada masa yang sama.

Ia boleh didapati mulai 23 Mac di Kedai Pengalaman Huawei, penjual semula yang sah serta kedai Celcom Axiata Bhd dan Maxis Bhd. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Huawei , telefon pintar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan