suria

Pernama Tandatangan MoU Bersama BCA Digital

KUALA LUMPUR: Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan BCA Digital Sdn Bhd bagi memperluas aktiviti niaganya dengan memberi perkhidmatan runcit terbaik kepada warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengerusi Pernama Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata melalui MoU berkenaan pihaknya akan membangunkan platform perniagaan dalam talian atau e-dagang di laman www.capasa.com.my.

Beliau berkata platfom ini akan membuka peluang kepada Pernama untuk berkembang dan menjalankan perniagaan di pasaran terbuka secara lebih meluas.

"Platform ini juga akan menarik minat pembekal dan peniaga untuk menjadikan capasa.com.my sebagai platform untuk menjual produk mereka secara dalam talian.

"Platform ini akan memberi keistimewaan kepada warga ATM yang akan dibekalkan kad capasa khas untuk anggota ATM dan veteran," katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Turut hadir, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Abdul Aziz berkata pemegang kad ini berpeluang berbelanja di capasa.com.my, sambil mengumpul dan menebus mata ganjaran.

Beliau berkata kad berkenaan juga menjadi akses kepada pembelian barangan promosi di kedai-kedai Pernama bagi menggantikan keperluan nombor tentera sewaktu membuat pembayaran di kaunter kedai.

"Pemegang kad juga akan menikmati kemudahan lain seperti bantuan kemalangan 24 jam, servis trak tunda, pembaharuan cukai jalan serta insurans," katanya.

Artikel Sebelum

Celcom Tingkat Perkhidmatan

Artikel Berikut

Artikel Lain