suria

AirAsia Teruskan Kempen

KUALA LUMPUR: AirAsia meneruskan inisiatif jangka panjangnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser, dan mengumpul dana untuk pesakit yang kurang mampu menerusi kempen #AirAsiaMAKNA, dengan menjual koleksi baju-T edisi terhad rekaan juruterbang dan kru kabin AirAsia.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata koleksi baju-T juruterbang dan kru kabin untuk dewasa dan kanak-kanak boleh dibeli pada harga RM30.

Keuntungan akan disalurkan kepada Majlis Kanser Negara (Makna) yang merupakan penerima manfaat jangka panjangnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata sejak dua tahun lepas, kempen itu berjaya mengumpul hampir RM700,000 untuk Makna.

“Kami teruja menawarkan semula baju-T eksklusif tersebut, yang tersedia untuk kanak-anak dan dewasa, dan kami berbesar hati bekerjasana dengan platform membeli-belah dalam talian utama Malaysia, FashionValet, bagi menjayakan jualan secara dalam talian,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen itu dan tempat untuk membeli belah baju-T, sila layari  airasia.com/airasiamakna.

AirAsia juga menganjurkan pertandingan melalui Instagram untuk memilih pemenang bulanan sehingga  Februari 2018.

“Peserta berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan setiap bulan ke mana-mana destinasi AirAsia pilihan, dengan hanya memuat naik gambar mereka memakai baju-T berkenaan dengan gaya terbaik berserta tanda pagar  #AirAsiaMAKNAdi Instagram,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain