Lebih Banyak Geran Untuk Syarikat Laksana Automasi - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak dana dan pinjaman mudah akan disediakan bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan melaksanakan aspek automasi dalam operasi perniagaan mereka.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tahap kesediaan dalam kalangan penggiat industri untuk melaksanakan aspek automasi itu sebaliknya masih rendah.

Justeru, beliau menyifatkan kemudahan pinjaman dan dana tersebut sebagai amat penting bagi membantu syarikat terbabit beralih kepada kaedah automasi.

Menurutnya, setakat 15 Ogos, 2017, sejumlah RM1.5 bilion telah disalurkan kepada 345 syarikat untuk membantu mereka mempertingkatkan sistem masing-masing.

"Kita berharap lebih banyak dana dapat diperuntukan kepada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dalam Bajet 2018 bagi meningkatkan tahap pelaksanaan automasi berkenaan," katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog dengan pihak Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (Micci) di sini, Khamis.

Menurutnya, MIDF juga turut melonggarkan beberapa syarat permohonan pinjaman tersebut tetapi tidak mengulas lanjut.

"Kita juga akan meningkatkan had pinjaman mudah kepada RM20 juta daripada RM10 juta pada masa ini," katanya.  Skim pinjaman mudah automasi dan modenisasi MIDF itu menawarkan antara RM50,000 dan RM10 juta.

Menurut Mustapa, geran pembangunan pasaran yang permohonannya ditangguhkan sejak Januari tahun ini, akan turut diperkenalkan semula berikutan kepentingan membantu mempersiapkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi aktiviti eksport.

Selain itu, menjawab pertanyaan mengenai pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 12 September ini, beliau berkata aspek ekonomi kedua-dua negara dijangka menjadi topik perbincangan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Ini berikutan kedudukan AS sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia serta merupakan pelabur terbesar dalam sektor elektrikal dan elektronik negara ini," katanya.

Statistik perdagangan luar Malaysia bagi Jun 2017 menunjukkan perdagangan Malaysia dengan AS meningkat sebanyak 7.0 peratus kepada RM7.17 bilion manakala import turut menokok 14.3 peratus kepada RM5.82 bilion.

Malaysia adalah di antara 16 negara termasuk anggota Asean seperti Vietnam dan Indonesia yang didakwa Trump sebagai terbabit dalam amalan perdagangan secara tidak adil dan turut bertanggungjawab terhadap defisit perdagangan AS yang menghampiri US$650 bilion.

Sementara itu, Presiden Micci, Datuk Wira Jalilah Baba turut mengakui kesediaan kalangan penggiat pasaran untuk melaksanakan aspek automasi itu masih rendah biarpun pelbagai kemudahan pembiayaan disediakan.

"Kesediaan itu belum ada. Mungkin ada di antara mereka (pengusaha) sudah berasa terlalu selesa dengan sistem sedia ada dan mahu terus menggunakan sistem lama," katanya.

Pelaksanaan aspek automasi itu dijangka dapat meningkatkan pengeluaran industri sebanyak 30-50 peratus.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan