Pasaran Hartanah Kekal Lembap

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 3:52 PM

hartanah
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan terus lembap pada separuh pertama tahun ini ekoran pelabur berpotensi mengambil pendekatan ‘tunggu-dan-lihat', demikian menurut hasil kajian oleh Knight Frank Malaysia.

Bertajuk ‘Sorotan Harta Tanah' bagi separuh pertama 2017, laporan itu mengkaji prestasi pasaran merentasi pelbagai hartanah - kediaman, pejabat dan runcit, dan menonjolkan trend dan unjuran di pelbagai kawasan iaitu Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Pengarah Urusannya Sarkunan Subramaniam berkata meskipun pasaran keseluruhannya lemah, pemulihan ekonomi negara baru-baru ini selain pengukuhan mata wang tempatan dan pasaran pekerjaan yang stabil, dapat menyediakan peluang pemulihan dalam pasaran kondominium mewah.

"Dalam sektor pejabat, kualiti bekalan pejabat terus ditingkatkan untuk memenuhi keperluan perusahaan besar dan syarikat multinasional. Berdasarkan peningkatan bekalan dan persaingan, gedung membeli-belah kini berhadapan cabaran untuk mengekalkan pasaran runcit.

"Pengusaha melaksanakan baik pulih, menjenamakan semula dan menjajarkan semula gedung masing-masing untuk menarik pengunjung. 

"Perniagaan berkaitan fesyen dan makanan serta minuman tidak lagi menjadi kunci untuk meningkatkan daya tarikan pengunjung, pusat membeli-belah mula mempromosikan pengalaman dan bukannya produk, seperti mengubah tempat letak kereta zon tertutup," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata Malaysia akan kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik berdasarkan pasaran hartanahnya yang stabil dan kos permulaan yang rendah untuk terus menawarkan pulangan yang munasabah.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Knight Frank

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan