RHB Islamic Salur Dana RM50 Juta Untuk Pembangunan Usahawan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: RHB Islamic Bank Bhd menyasarkan untuk menyalurkan sekurang-kurangnya RM50 juta tahun ini bagi pembiayaan pembangunan usahawan di bawah program Dana Teras oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Pada masa ini, ada sebanyak 1,014 syarikat di bawah program Teras yang dilancarkan pada 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusannya, Datuk Adissadikin Ali berkata  lebih RM200 juta daripada dana RM400 juta itu telah disalurkan pada 2016 menerusi kerjasama dengan Teraju yang bermula pada 2012.

"Dana asas program sebanyak RM80 juta itu diuruskan oleh kami (RHB Islamic).

Bagaimanapun, kami berjaya meningkatkannya dengan memanfaatkan sumber sehingga mencecah RM400 juta iaitu lima kali lebih banyak daripada saiz dibenarkan pihak Teraju," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Adissadikin berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemeteraian kolaboratif bank itu dengan Institut Keusahawan Negara (INSKEN) menerusi Program Latihan dan Pembangunan Keusahawanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, Jumaat.

INSKEN merupakan penyelaras program latihan usahawan di negara ini di bawah Teraju yang berperanan sebagai sekretariat Majlis Ekonomi Bumiputera.

Di bawah kerjasama itu, RHB Islamic akan menyediakan khidmat nasihat kewangan berstruktur kepada usahawan PKS, termasuk aspek pengurusan simpan kira serta panduan kepada keperluan perbankan dan kewangan.

Program itu juga bertujuan melibatkan lebih 14,000 usahawan yang berdaftar di bawahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh berharap kerjasama dengan bank itu akan dapat membantu kalangan usahawan mencapai potensi sepenuhnya.

"Ramai usahawan memiliki potensi besar tetapi kekurangan pengetahuan bagi pengurusan risiko seperti aspek aliran tunai syarikat, pegangan saham dan sebagainya.

"Mereka perlu mempelajari, memahami serta mempertingkat (pengetahuan mengenai) keperluan pihak bank bagi membolehkan mereka memantapkan kemahiran pembangunan kapasiti, penerapan teknologi dan akses pasaran," katanya.

Kerjasama itu juga merupakan sebahagian daripada komitmen bank untuk menyokong agenda kerajaan bagi mempertingkatkan peranan PKS dalam negara, katanya.

Tags / Kata Kunci: RHB Islamic

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan