Pengeluaran Getah Asli Meningkat 5.2 Peratus Pada Disember 2016

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 1:53 PM

getah
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada 69,727 tan pada Disember 2016 berbanding 66,293 tan pada November.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Jabatan Perangkaan menyatakan sektor pekebun kecil merupakan penyumbang utama pengeluaran berkenaan iaitu 92.9 peratus.

Harga purata bulanan lateks pekat juga meningkat 77.43 sen sekilogram  kepada 615.88 sen sekilogram berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, bagi Getah Mutu Malaysia 20, harga purata bulanannya turut meningkat sebanyak 127.39 sen sekilogram kepada 839.55 sen sekilogram.

Eksport getah asli Malaysia pula menokok 12.4 peratus kepada 61,380 tan pada Disember berbanding November, kata jabatan itu.

Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu sebanyak 51.1 peratus diikuti Jerman (13.5 peratus), Iran (7.1 peratus), Amerika Syarikat (3.3 peratus) manakala Finland (2.8 peratus).

Penggunaan domestik getah asli pula susut 0.9 peratus kepada 40,838 tan bagi tempoh sama manakala industri sarung tangan getah kekal sebagai pengguna domestik utama bagi getah asli iaitu sebanyak 74.9 peratus.

Menurut jabatan itu, paras stok getah asli pada akhir Disember 2016 meningkat sebanyak 10.4 peratus kepada 203,451 tan daripada 184,265 tan pada  November.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan