Samsung Lancar Dua Model Galaxy A5, Galaxy A7

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 5:18 PM

Model menunjukkan telelon pintar baharu Samsung Galaxy A7. - KAMARUL ARIFFIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd pada Khamis melancarkan dua peranti baharu dalam Galaxy A Series (2017), iaitu  Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Naib Presiden IT dan Unit Perniagaan Mudah Alih, Lee Jui Siang, berkata Galaxy A5 dan Galaxy A7 adalah model terbaru di pasaran Malaysia dan akan memenuhi keperluan orang ramai yang mendambakan kespontanan serta kenikmatan hidup dengan cara paling memuaskan.

"Untuk pertama kali dalam Galaxy A Series, kami menjadikan varian 2017 sebagai kalis habuk dan air," katanya pada majlis pelancaran itu di sini.

Menurutnya, kedua-dua peranti itu adalah yang pertama dalam telefon pintar kelas pertengahan Samsung mempunyai penarafan kalis habuk dan air IP68.

Peranti terbabit juga dilengkapi kamera depan 16 megapixel dan kamera belakang dengan f1.9 lensa dan cahaya untuk imej lebih jelas dan cantik walaupun dalam cahaya suram atau pada waktu malam, serta mempunyai satu ciri baharu, iaitu butang kamera terapung yang boleh digerakkan dengan bebas di atas skrin.

Galaxy A Series baharu (2017) juga telah dipertingkat kepada ketumpatan tinggi penuh 5.7 inci dan 5.2 inci paparan skrin Super AMOLED.

Ciri lain termasuk bateri yang lebih besar - 3,600mAh untuk A7 dan 3,000mAh untuk A5, keupayaan cas lebih pantas, penstoran boleh diperbesar sehingga 256GB, folder lebih selamat dan Samsung Cloud.

Boleh diperoleh dalam warna Black Sky dan Gold Sand, model terbabit akan dijual di kedai jenama Samsung di seluruh negara mulai 25 Januari pada harga runcit RM1,899 untuk Galaxy A7 dan RM1,699 untuk Galaxy A5, termasuk cukai barang dan perkhidmatan.

Tempahan awal untuk peranti baharu itu boleh dibuat di outlet terpilih mulai 6 hingga 15 Januari dan boleh diambil mulai 25 Januari.

Untuk tempahan awal dalam talian, pembeli boleh mendapatkannya dari kedai dalam talian Samsung di Lazada dan 11street. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Samsung

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan