Industri Hartanah Kekal Muram Tahun Ini - AllianceDBS Research

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 1:28 PM

hartanah
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri hartanah dijangka kekal suram tahun ini ekoran jualan lemah pada 2016, didorong oleh sentimen lemah yang berpanjangan, kemampuan yang rendah dan penawaran yang meningkat.

Dalam nota penyelidikannya pada Selasa, AllianceDBS Research Sdn Bhd berkata, pembeli mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat dengan menjangkakan harga jualan akan lebih rendah dalam tempoh terdekat dan sederhana.

"Kami masih melihat permintaan kukuh bagi projek-projek baharu terpilih yang menawarkan kedudukan nilai kepada pembeli walaupun pasaran agak lemah.

"Ciri berbeza dan harga yang berpacukan nilai kini semakin menguasai senarai keutamaan pembeli berdasarkan sentimen yang semakin lemah," katanya.

AllianceDBS berkata pemaju dengan penawaran produk yang tepat di koridor pertumbuhan baharu dengan jumlah penduduk yang besar, dijangka dapat mengekalkan jualan mereka.

"Pemaju perlu menyemak semula tawaran produk mereka untuk menggabungkan lebih banyak hartanah bernilai tambah dengan kemudahan gaya hidup yang berlainan yang akan membezakan mereka daripada kos skim perumahan awam yang lebih rendah," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: AllianceDBS , hartanah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan