IWK Tutup Lebih 500 Loji Sekitar Lembah Klang

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

LEBIH 500 loji rawatan kumbahan (STP) Indah Water Konsortium (IWK) di sekitar Lembah Klang akan ditamatkan operasi ke arah merasionalisasi tahap kecekapan syarikat berkenaan.

Daripada jumlah itu, 80 STP akan dinaikkan taraf menjadi loji pusat bagi memenuhi keperluan peningkatan populasi di Lembah Klang.

Dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC) untuk pembinaan kemudahan kumbahan menerusi Greater Kuala Lumpur Programme (GKL), projek bernilai RM3.6 bilion yang dibiayai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini dijangka siap menjelang September 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Abdul Kadir Mohd Din berkata, sebanyak 521 STP akan ditutup dan kumbahan dari loji ini akan disalurkan ke STP peringkat wilayah yang lebih besar.

"Projek GLK ini tersenarai antara inisiatif Sungai Sepanjang Hayat menerusi Program Transformasi Ekonomi.

"Ia dilaksanakan untuk mengubah Lembah Klang menjadi antara 20 bandar metropolis paling sesuai didiami, selain antara 20 lokasi yang melalui proses pertumbuhan ekonomi pesat di dunia.

"Projek yang bermula dua tahun lalu itu menelan kos sebanyak RM6 bilion termasuk aspek pengurusan sisa industri.

"Bagi IWK, kami hanya bertanggungjawab menguruskan sisa domestik dan sistem kumbahan di Lembah Klang perlu diperbaiki untuk mencapai matlamat berkenaan," kata Abdul Kadir ketika ditemubual di ibu pejabat IWK di Jalan Dungun, Kuala Lumpur.

Sebahagian loji rawatan sedia ada dibina pada 1950an dan tidak lagi dapat menampung pembangunan pesat Lembah Klang.

Abdul Kadir berkata, ada beberapa perkara yang berbangkit berkaitan sistem sedia ada seperti perkongsian dalam penggunaan tangki najis.

"Sistem seumpama ini tidak lagi sesuai dengan piawaian yang ditetapkan pihak Jabatan Alam Sekitar.

"Akan tiba masanya apabila orang ramai tidak dapat menerima adanya STP di kawasan perumahan mereka atau di taman kerana ia melibatkan keselamatan terutama kanak-kanak.

"Oleh itu, loji rawatan sub standard ini perlu ditamatkan operasi dan dihubungkan dengan STP pusat bagi mengurangkan risiko kecurian dan kerusakan loji di kawasan penempatan yang kecil," katanya.

Malahan, katanya, ada saluran paip yang terlalu lama dan ia menjadi antara faktor untuk menutup operasi STP berkenaan bagi menjimatkan kos.

Menerusi projek itu, ia melibatkan proses menaikkan taraf STP sedia ada termasuk pemasangan saluran paip baharu, memantau situasi di seluruh jaringan dan juga pemulihan kumbahan.

Sebanyak 46 stesen pam akan dibina do sepanjang 280 kilometer (km) paip baharu yang dipasang bagi menghubungkan loji.

"Bagi pemantauan paip, kami perlu memeriksa paip sepanjang 234 km menggunakan peralatan robot dengan kamera litar tertutup untuk meneliti keadaannya sama ada ia perlu diganti atau sebaliknya," katanya.

Sehingga kini, ada tiga STP berpusat yang belum disiapkan iaitu di Taman Mawar, Puchong dan Seksyen 23 serta Seksyen 7 di Shah Alam.

Tags / Kata Kunci: IWK , STP , GKL

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan