Pos Malaysia Sasar 10,000 Pelajar Langgan SODA

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd yakin dapat menambah jumlah pelanggan pelajar bagi Akaun Pesanan Tetap (SODA) kepada 10,000 menjelang 31 Mac, 2017.

SODA merupakan perkhidmatan khas disediakan Pos Malaysia untuk pesanan produk filateli secara langganan bagi pelanggan yang mendaftar sebagai anggota SODA.

Pesanan akan dihantar ke alamat penerima setiap kali setem tema baru diterbitkan selagi baki akaun mencukupi.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah berkata Pos Malaysia memperoleh lesen dari Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan Kelab Setem dan Filateli di sekolah.

Susulan itu Pos Malaysia telah berkunjung ke 344 sekolah untuk menggalakkan pelajar menjadi pemegang akaun SODA, katanya.

"Usaha tersebut berhasil dengan 6,000 pelajar mendaftar dan kita berharap jumlah itu akan meningkat kepada 10,000 menjelang akhir tahun kewangan kami," katanya kepada pemberita selepas sesi siri setem Tapak Pertahanan Negara bersama media di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Pos Malaysia akan berkunjung ke 100 sekolah lagi tahun ini, terutama di Sarawak.

Setakat ini, terdapat 14,000 anggota SODA aktif, yang mempunyai baki tunai dalam akaun mereka, sejak ia diperkenalkan pada 1992.

Empat setem siri Tapak Pertahanan Negara itu menampilkan Kota Malawati, Selangor (60 sen), Kota Mat Salleh, Sabah (60 sen), Kota Libau Rentap, Sarawak (80 sen) dan Bukit Kepong, Johor (80 sen).

Kesemua setem Tapak Pertahanan Negara itu akan diterbitkan dan dijual pada 15, Sept 2016 berserta produk filateli lain termasuk lembaran mini, sampul surat hari pertama dan folder.

Diyana berkata memandangkan tema tersebut julung kali diketengahkan Pos Malaysia, syarikat menjangkakan siri produk filateli berkenaan akan mencatat permintaan kukuh daripada pengumpul dan pelajar sekolah.

"Kami mendapat banyak pertanyaan daripada pengumpul setem dan siri kali ini dijangka habis dijual dalam tempoh sehari atau paling cepat seminggu, kerana ia adalah terhad.

"Pos Malaysia hanya menerbitkan 100,000 unit bagi setiap setem, 30,000 lembaran mini, 35,000 sampul surat hari pertama dan 1,500 folder," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , SODA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan