suria

Kumpulan AirAsia Catat Muatan 85 Peratus Bagi Tempoh 2Q

KUALA LUMPUR: AirAsia Group mencatat muatan sehingga 85 peratus bagi tempoh suku kedua 2016 (2Q16), meningkat enam mata peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, AirAsia Bhd berkata jumlah penumpang yang dibawa meningkat 12 peratus tahun ke tahun kepada 13.9 juta, melepasi peningkatan kapasiti empat peratus.

Pada akhir suku dalam kajian, saiz kumpulan kapal kumpulan itu berjumlah  172 pesawat.

Malaysia AirAsia merekodkan muatan 87 peratus pada 2Q16, meningkat 7 mata peratus tahun ke tahun.

"Permintaan melebihi kapasiti, dengan peningkatan 10 peratus jumlah penumpang seramai 6.55 juta serta peningkatan kapasiti satu peratus.

"Laluan baharu, Johor Baharu Guangzhou, diperkenalkan pada suku ini," kata AirAsia Bhd.

Ia berkata Thai AirAsia mencatat muatan sebanyak 83 peratus pada 2Q16, meningkat 3 mata peratus tahun ke tahun, Indonesia AirAsia (meningkat 10 mata peratus), Philippines AirAsia meningkat 91 peratus (meningkat 11 mata peratus) manakala AirAsia India sebanyak 87 peratus (meningkat 4 mata peratus).-- Bernama

AirAsia, Guangzhou

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain