suria

Felcra Mahu Tanam Nanas Melita Di Kedah

ALOR SETAR: Felcra Berhad (Felcra) bercadang mengusahakan tanaman nanas jenis Melita di Kedah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkarnain Md Eusope.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat pertemuan dengan Kulim Pineapple Farm,  anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dan sekiranya berhasil, ia akan dilaksanakan pada suku kedua tahun hadapan.

"Kita masih sedang mencari lokasi tapak penanaman yang sesuai. Pihak Kulim Pineapple Farm yang berpangkalan di Johor secara lisan telah bersetuju memberi benih kepada Felcra," katanya kepada pemberita.

Zulkarnain berkata tanaman tersebut berupaya memberi keuntungan lumayan bukan sahaja kepada Felcra tetapi kepada petani berdasarkan harga sebiji nanas dipasaran kini RM15 dan mampu memberi keuntungan antara RM20 hingga RM30 juta setahun di kawasan seluas 500 hektar.

"Kita boleh peroleh pulangan dari tanaman nanas hanya dalam tempoh setahun setengah," katanya.-- Bernama

Felcra, nanas Melita

Artikel Lain