suria

Affin Bank Kurangkan Kadar BR, BLR

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd akan mengurangkan kadar asas (BR) kepada 3.80 peratus daripada 3.99 peratus berkuat kuasa Selasa, sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Affin Bank berkata, seiring perubahan itu juga, kadar asas pinjaman (BLR) bank itu dan kadar asas pembiayaan Islamic Bank Bhd akan turut dikurangkan kepada 6.66 peratus setahun daripada 6.95 peratus.

"Peluang masih ada berikutan inflasi yang stabil serta beberapa unjuran positif lain untuk Bank Negara melaksanakan langkah awal mengurangkan OPR berkenaan.

"Ia juga konsisten dengan pendirian Jawatankuasa Dasar Monetari untuk terus mengukuhkan ekonomi negara yang diunjur berkembang antara 4.00 peratus dan 4.50 peratus pada 2016," kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Menurutnya, pengurangan kadar itu turut membantu pelanggan bank dari segi penjimatan bagi jangka panjang selain membantu perkembangan perniagaan mereka, khususnya dalam persekitaran mencabar ketika ini. - BERNAMA

Affin Bank, BR, BLR, OPR

Artikel Lain